erkk. aku tahu post title aku yg kali ney agak pelik sikit. yess, KB Mall Hari Sabtu. ahahaaaaa! aku tak tahu knape setiap kali sebut "KB Mall", aku excited. mungkin bila aku pegi KB Mall, aku boleh pegi window-shopping, dan ianya dapat mengurangkan stress aku s'telah berperang dkat skola. err, berperang tu maksudnya STUDY HARD. tapi orang kate, kita kena STUDY SMART, not STUDY HARD. owhh, ape2 je lahh. aku tak kesah STUDY HARD ke STUDY SMART. yg penting, STUDY. yess (:
waaaaa! tadi aku rasa lama sangat dduk dkat KB Mall. urmm. tapi, yg paling aku tak suka, KB Mall ramai orang klau hari Sabtu. ishh. tak suka, tak suka! dah laa aku penat sangat-sangat hari ney. hahaaa. tu laa, sape suruh dduk kat KB Mall lama sangat!
alaaaaa. dduk kat KB Mall tu bukannya dduk saje2. tapi pegi beli baju adik, pastu pegi beli seluar & baju aku, pastu turun pegi Pacific pegi beli barang-barang dapur. urghh! sbenarnya, aku rasa cam nak demam tapi aku pegi gak KB Mall. sbb aku tahu yg aku akan beli seluar & baju! hahaaa! *peace! ^_^ baju yg aku beli tu warna hijau tua/warna cam daun gituu. (: tak sabar rasanya nak pakai baju tu.
ehh. jap. aku nak pegi makan. mama daa panggil daa tu. jap ehh!
okay! Amalina datangg! fuhh! kenyang :D
okay, kembali pada topik asal. heheeeee :D aku suka sangat bila Cik Su/Chekso aku pegi teman aku pegi beli seluar & baju. sbb bukannya selalu boleh luangkan masa b'sama Chekso. nanti bila Chekso daa kawin, dngan Cik Na la tempat kakak b'manja (:
urmm. pastu kan, masa aku duk tunggu seluar aku(seluar aku kena potong bawah sbb labuh sangat. err, maklumlah, jeans orang dewasa tapi orang yg nak pakai tu pendek. err, x pendek sangat. heheeeee), ade laa kakak yg jaga dkat bahagian Half Jeans tu senyum kat aku, aku pun senyum laa balik. ye laa, orang senyum dkat kita, tak kan kita nak masam kot. aku senyum laa. auwww! malu aku. dah laa mase tu Chekso ade. yess, aku ney kan nampak diam jer. nampak pelik laa bila seorang pendiam ney senyum, kan? hahaaa!
tapi... aktiviti shopping aku t'ganggu klau ade adik-adik aku. menangis, merungut & berlari sana sini. hahaaa! tapi, walaupun buas, aku tetap sayang adik-adik aku! ^_^ "hahaaa! awak dua orang memang buas. awak dua orang juga selalu buat kakak senyum bila kakak sedih."
bila aku ingat2 balik kan, rase lucu laa pulak. adik aku yg aku panggil CUTIE, die menangis sbb die jalan banyak sangat. kaki die luka cam mane ntah. haii... Adik, Adik...
pastu lepas pegi Pacific, aku & Chekso pegi naik atas, pegi amik seluar yg aku tinggal untuk d'potong. okay, aku tahu aku pernah t'senarai dalam kategori Pejalan Kaki peringkat negeri Kelantan mase tahun 2009, klau x silap. tapi... dapat nom 7/7 jee ^_^ Chekso aku kata "kakak... jange laa jaley derah sangat... ciksu ney xleh jaley supo ngaa kakak. kakak pakai kasut gitu, cik su pakai kasut ginih." heheee :D okay, sorry Chekso.
lepas amik seluar, aku pegi Speedy(wajib pegi bila pegi KB Mall). Mek Ngoh beli cd Sammy's Adventure. cite ala-ala Nemo. aku tak beli pun cd. tak b'minat. cehh! sbenarnya tak tahu nak beli cd ape sbb otak aku ney daa t'fikir-fikir nak pegi beli baju untuk Taekwondo. erkk, bukan pakai skali dngan tali pinggang. tapi baju untuk pakai mase pagi. uniform Taekwondo ney, klau skali pandang, orang akan ingat yg aku ney St. John. hahaaa! "x, saya bukan St. John. saya Taekwondo." heheee :D maseh!
okay, KB Mall daa habis. skrang pegi kedai Canggih! kedai Canggih yg dkat Pengkalan Chepa. aku ney, b'henti je dpan kedai, terus cabut tali pinggang(Anda Mampu Mengubahnya), pastu turun, dduk je dpan kedai, buka kasut. pastu aku masuk je, terus cari, baju kemeja putih yg budak maahad lelaki pakai & seluar slack hitam. okay, baju daa okay. cuma... seluar. hahaaa! longgar, labuh & besar. aku pun pegi laa tukar. lepas tukar tu, jumpa yg satu ney. okay, perfect! mama pun pegi bayar. lepas jee bayar, ape lagi. balik umah laa!
err, bukan umah aku tapi umah nenek aku. kena balik awal sbb atuk aku nak pegi smyang dkat masjid, pastu ade tukang-buat-rumah dkat rumah nenek aku, tambah bilik. tak kan laa nak tinggal nenek aku sorang2. so, kena balik awal laa.
fuhh! "penatnya menaip... lebih penat daripada jalan2 dkat KB Mall tadi!" hahaaa! btw, aku pun x tahu knape hari ney seronok bagi aku. mungkin dapat pegi KB Mall kot, release stress. xD ok lah pembaca2 s'kalian, si empunya belog yg busuk ini belum mandi lagi. "ishh! bucukk-bucukk!" yee, aku tahu aku ney busuk. okay, aku nak pegi mandi skrang. buh-byeee you all!